Translate

Sunday 6 October 2013

Buah Tembikai itu rupanya ' Makanan Sunnah'


Salam sejahtera,


Belum sempat nak masukkan testimoni tonik minda, ada kisah menarik tentang buah tembikai, ia rupanya ada dalam sunnah baginda Rasulullah saw, marilah kita membaca dan mengamalkan dengan ilmu. Lebih tepat lagi tanpa ragu, juga marilah sama-sama mengamalkan sunnah.

Hanya berkongsi, moga kita saling memberi manfaat sesama kita.

Wassalam.


Klik untuk sumber di bawah

Nadi Kinanah (4) Ilmu buah tembikai

Pyramid, lambang kebanggan Mesir. Tahukah anda ada riwayat mengatakan di dalamnya pada dinding ada tertulis kisah Nabi Ibrahim yang berkahwin isteri ketiganya 'Qanturah' berbangsa 'Mala' kemudian disebut 'Melayu'?
Piramid, lambang kebanggan Mesir. Ada pengkaji sejarah mengatakan bahawa pada dinding dalam piramid ada tertulis kisah Nabi Ibrahim yang berkahwin isteri ketiganya ‘Qanturah’ berbangsa ‘Mala’ kemudian keturunannya disebut ‘Melayu’
Hampir setiap subuh aku dan kawan-kawan bersembahyang di masjid-masjid ahlul bait antaranya Masjid Saidina Hussain, Masjid Saiyidah Nafisah, Masjid Saiyidah Zainab, Masjid Saiyidah Sukainah, Masjid Imam Shafie, Masjid Ali Zainal Abidin dan banyak lagi. Di sini bukan sekadar nama pada masjid tetapi jasad dan batang tubuh orangnya ada di makamkan di masjid itu. Kami nak ambil berkat, munajat. Seronok sangat. Lagi pun jalanraya lengang, kurang kenderaan. Suasana masih sunyi sebab warga Kaherah masih belum bangun lagi kecuali mereka yang ‘mutadayyin’ (kuat agama). Tapi ketika balik masyaallah… Faham-faham je laaa… ‘Zahmah’.
Masuk musim panas banyak buah tembikai, besar-besar. Murah sangat berbanding negara kita. Mereka panggil ‘bittikh’. Aku memang peminat buah tembikai… Masa perjalanan pulang dari masjid kami singgah di Suq Shafie (nama tempat). Banyak la sangat, melambak-lambak.  Barang-barang, sayur-sayuran, buah-buahan dibawa menggunakan keldai. Kasihan melihat keldai menarik pedati, meleleh air mata dan air liurnya. Apa boleh buat dah memang tugas… Ikut bidang masing-masing… Peniaganya pula nampak macam petani. Tempat itu kira macam pasar tani kita di Malaysia, jual terus dari ladang. Yang menariknya bukan sayur dan buah-buahan saja yang ada, malah kambing, kibasy, lembu, unta, keldai pun ada.
Van kami berhenti dan Ustaz In’am (sekarang Tuan In’am) turun memilih-milih tembikai untuk dibeli. Aku pun turun sama. Berlaku lah tawar menawar, menghairankan, dahsyattt… Macam orang nak bergaduh bila mintak ‘takhfid’ (kurang). Ya laa, dah bagi kurang, tapi masih sebut ‘kaman, kaman’..(lagi, lagi kurang), mengamok la kawan tu… He..he..he.
Tuan In’am memang steady… ‘Tenang dan meyakinkan’. Otai… cuma kita tak pandai nak pilih buah, asyik terkena yang tak berapa masak, kadang-kadang tu dapat yang terlalu masak, buah dah lama. Masalah jugak, isi kering tengah lompong… Tapi kalau yang masak betul tu memang sedap, ‘azimm…’ Jarang sangat jumpa penjual yang jujur.
“Di Malaysia tembikai ada banyak warna; ada kuning, oren, merah, putih susu pun ada, macam-macam ada,” kata ku kepada penjual tu. Rupanya ‘bawwab’ Mesir ni pakat gelakkan aku, ada jugak yang tercengang bangang tak pernah tahu. Tinggi suaranya menjawab; “Wallahi, lam yujad fil ‘alam illa bittikh ahmar faqat”. (Demi Allah,, tak wujud tembikai di dunia ini melainkan warna merah sahaja!)… Begitulah watak dan budaya orang di sana. Gerunnn… Sikit punya hal dah bersumpah-sumpah. “Eh, eh, eh, jangan marah-marah… Nanti cepat tua,” kata aku. Dia bukan nya faham pun sebab aku cakap bahasa Melayu. He, he, he. Sebenarnya memang tak jumpa pun tembikai selain warna merah di sana. Tak tahulah kalau sekarang dah ada.
Tahukah bahawa tembikai ini kegemaran Rasulullah, dengan kata lain makanan sunnah? Ini kisahnya.
Rasulullah pernah makan tembikai dengan rutob dan bersabda “kita pecahkan panas ini dengan sejuknya ini., dan sejuknya ini dengan  panasnya ini (salah satu buah itu bersifat panas, satu lagi sejuk) . Hadis riwayat Abu Dawud dan Tarmidzi
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda: “Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga.”
Di waktu lain pula, Rasulullah berada bersama beberapa sahabat  dan bersabda yang bermaksud: “Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini”. Kemudian  Sayidina Ali k.w. bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan. Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya. Kemudian bbaginda bersabda lagi yang bermaksud: “Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.” 
Sabda Rasulullah SAW.
Dari Ibnu Abbas berkata: “Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.”
Apa macam; ada faham ana punya cerita?
Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan buah tembikai. Rupanya baru aku tahu mengapa dulu-dulu guruku selalu galakkan aktiviti pertanian di sekolah buat projek tanam tembikai, makanan sunnah rupanya. Terima kasih guruku… Oh! sampai di Mesir baru aku dapat ilmu tembikai.
jenis-jenis tembikai yang baik dan manis
Jenis-jenis tembikai yang baik dan manis     1.hujung jalurnya bercantum 2. tangkainya mengerekot 3. warnanya lebih gelap. 4, jalurnya lebih kemas
Tip: Menurut Tabib Haji Hassan,   buah tembikai boleh jadi ubat ‘batu karang’. Blender, kemudian minum pagi dan petang, insyallah penyakit akan sembuh.

No comments:

Post a Comment